FALSAFAH

Peraga bermaksud model. Peraga mahu menjadi model didalam memenuhi keperluan pelanggan.

Peraga merupakan sebuah syarikat pembina rumah. Setakat ini Peraga telah berjaya menyerahkan kepada pelanggan rumah berkualiti di Taman Aisya dan D’Pinggiran Kemuning. Pelanggan Peraga sangat berpuas hati.

Sebagai syarikat yang terlibat di dalam industri yang banyak menghadapi aduan dan rungutan, Peraga mahu tampil sebagai model dan contoh bawa pembina rumah dan pembeli rumah boleh mencipta pakatan menang-menang.

SEJARAH

Sejarah Peraga merupakan rakaman kejayaan pembinaan dan kepuasan.

Pembeli rumah di Taman Aisya di Seksyen 30, Shah Alam menerima kunci rumah dan Sijil Layak Menduduki pada April 2004 sementara pembeli D’Pinggiran Kemuning di Seksyen 30, Shah Alam menerima kunci mereka pada Disember 2007.

Peraga berjaya menyerahkan rumah mengikut tempoh.

KETEPATAN WAKTU

Peraga telah melahirkan satu pasukan mahir untuk merancang dan membina rumah berkualiti dan siap tepat pada waktu.

Terima kasih kepada pusat sehenti yang diperkenalkan di majlis bandaraya, Peraga telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan untuk diluluskan dalam masa 4 bulan.

Pengurusan Peraga telah menentukan jangkamasa 18 bulan daripada perancangan sehingga siap pembinaan bagi projek-projeknya yang akan datang.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

PENGURUSAN

Pasukan pengurusan Peraga mempunyai pengalaman 25 tahun di dalam industri pembinaan.

Pengalaman yang di perolehi meliputi bidang perhotelan, kompleks perdagangan, bangunan pejabat, taman teknologi dan perumahan.

Pasukan Peraga diketuai En. Abdul Rahman Othman, 53 tahun, seorang Akauntan Bertauliah. Ahli-ahli yang lain ialah En. Mohd Nizam Abdullah, 35 tahun, seorang jurutera elektrik dan En Zubir Abdul Rahman, 27 tahun, seorang jurutera awam.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player